Mar 18, 2009

Rasuah Ali Rustam


Kalau Ali Rustam betul-betul anak jantan, beliau patut letak jawatan sebagai Ketua Menteri Melaka. Aku pasti rakyat Melaka tidak mahu pemimpin yang tercemar dengan rasuah. Walaupun beliau hanya disabitkan kesalahan dalam UMNO, tapi semua orang tahu rasuah sama seperti penyakit moral yang lain, sekali buat mesti pernah dan akan buat lagi.

UMNO adalah sebuah pertubuhan berdaftar dan organisasi penting di Malaysia. Tapi kenapa UMNO tak laporkan aktiviti rasuah pemimpin-pemimpin UMNO termasuk kes Ali Rustam ke Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) seterusnya minta SPRM ambil tindakan?

Rasuah dalam tentera pun SPRM boleh campur tangan, kenapa tidak dalam UMNO? UMNO ada keistimewaan ke?

No comments yet

 
© 2007 Theme By Arephyz and power by NEO