Mar 10, 2009

Malaysia.com Dijual Dengan Harga USD 400 Ribu


Oktober tahun lepas, syarikat Live Current Media mengumumkan mereka ingin menjual domain-domain milik mereka iaitu Brazil.com, Vietnam.com, Indonesia.com, Malaysia.com, GreatBritain.com dan Communicate.com. Minggu lepas Live Current Media menyatakan mereka memperolehi pendapatan USD 400 ribu hasil daripada penjualan semua domain tersebut. Tetapi melihat daripada senarai penukaran hak milik, hanya Malaysia.com sahaja yang berpindah milik kepada syarikat bernama Malaysia Travel, Inc.

Jadi nampaknya Malaysia.com kini menjadi milik syarikat yang beribupejabat di Vancouver, Kanada.

Kenapa tiada agensi kerajaan atau syarikat swasta dari Malaysia yang membida domain tersebut?

No comments yet

 
© 2007 Theme By Arephyz and power by NEO